“Maafkan saya, tuan. Puan Archmage ingin berjumpa dengan tuan sekarang, dibiliknya,” kata seorang pengawal. “Baiklah, kamu boleh pergi,” kata lelaki tersebut.
“Urgh...dia nak apa pula kali ini. Jangan disuruh lakukan sesuatu yang mengarut sudah,” bebel lelaki itu. Lelaki itu terus keluar dari biliknya dan menuju ke bilik Archmage sambil mengeluh.
Sebaik saja sampai dibilik Archmage tersebut, lelaki tersebut terus masuk seperti biasa. “Apa tugas saya kali ini? Saya rasa kamu tidak akan panggil saya sesuka hati kecuali sesuatu yang perlu saya laksanakan,” teka lelaki tersebut. “Nampaknya kamu sudah tahu yang saya ingin awak lakukan sesuatu, Roxales,” kata Archmage tersebut dengan tenang kepada lelaki tersebut yang bernama Roxales. “Memandangkan awak sudah ada disini, saya mahu awak pergi ke dunia manusia mencari tiga gadis ini,” sambung Archmage sambil menunjukkan gambaran tiga gadis kepada Roxales. “Kenapa saya kena mencari orang pula...saya bukan agen mencari orang,” bebel Roxales dalam hati.
“Ada bantahan?” soal Archmage. “Tiada apa-apa. Saya pergi sekarang,” Roxales meminta diri kepada Archmage dan terus keluar dari bilik tersebut. “Saya tahu awak boleh lakukan, Roxales,” kata archmage bersendirian sambil melihat pemandangan di luar dengan perasaan risau.
Di taman...
“Baiklah, rasanya ini tempat yang sesuai untuk aku membuka pintu dimensi,” kata Roxales bersendirian. Sebaik saja Roxales ingin melakukan simbol magik, kedengaran seseorang memanggilnya.
“Roxales! Tunggu sekejap!” jerit lelaki yang memanggil Roxales. “Kenapa Soul?” soal Roxales kepada rakannya yang bernama Soul. “Ada pesanan dari Archmage,” balas Soul sambil tercunggap-cunggap keletihan kerana berlari. “Huh? Pesanan dari Archmage?” Roxales keliru. “Ya, Archmage suruh saya beritahu awak pesanannya. Awak kena pulang sebelum mesyuarat antara pemerintah-pemerintah dari negara elemen,” jelas Soul. Roxales terkelu lidah. Apa!? Archmage memang sengaja menyusahkan aku. Archmage diktator!!. Roxales hanya mengenggam tangannya dengan perasaan marah. “Baiklah, awak pergilah dulu, nanti teman wanita awak, Aerie tertunggu pula,” kata Roxales dengan penuh sinis tanpa mengagak perkara sebenar. “Huh? Alamak! Aku ader janji dengan dia! Terima kasih Roxales ingatkan aku. Pergi dulu,” dengan sekelip mata Soul sudah hilang dari pandangan Roxales.
“Sama-sama...(Aku hanya gurau saja, tak sangka betul pula),” Roxales hanya tersenyum.
Selepas Soul pergi, tanpa melengahkan masa, Roxales terus membaca serapah. Muncul satu pintu dimensi antara dunia Parallel dan dunia Manusia. Roxales membuka pintu tersebut dan terus hilang.
to be continue.....or thats all?

0 comments:
Post a Comment